Saturday, October 24, 2009

Muktamar Agung Khas Parti Islam Se-Malaysia.



Digalakkan pembaca untuk menggunakan gambar di atas di mana-mana sahaja yang saudara suka asalkan di tempat yang sewajarnya dan tidak menimbulkan kemurkaan-Nya.


Aku amat berminat untuk mengulas dan mengutuk tentang isu ini.Tetapi sekali lagi masalah kekurangan menjadi penghalang.Kita apabila hendak berhujah tidak boleh kosong,justeru itu,akan aku buat kajian sedikit untuk kesempurnaan artikelku yang bakal menyusul.Di sini,akan aku bentangkan sedikit tulisan untuk dijadikan inspirasi bagi memudahkan penghadaman anda kepada artikel aku yang seterusnya.

Menurut kata Tuan Guru Nik Aziz(TGNA),sudah lama dia rasa tak sedap semenjak dari krisis Dato Asri dulu.Begitu juga dengan aku,aku sudah lama rasa tak sedap hati.Aku bukan pro PR bukan juga pro UMNO.Tetapi,apa yang membuatkan Nik Aziz nampak seperti pro PR adalah kerana kejayaan Angkatan Perpaduan Ummah satu ketika dahulu di Kelantan.Hasil daripada gabungan itu,alhamdulillah PAS pegang Kelantan sampai sekarang walaupaun Parti Melayu Semangat 46 rujuk kembali kepada UMNO.Agaknya,mungkin itu harapan Nik Aziz terhadap Pakatan Rakyat sekarang.

Untuk aku,sebagai parti yang memperjuangkan Islam,PAS sememangnya susah untuk bekerjasama secara ideologi kerana parti-parti di Malaysia kebanyakkan berideologikan ideologi ciptaan manusia seperti sosialis,demokratik,nasionalisme,sekularisme,dan pelbagai isme lain.

Namun,itu tidak bermakna PAS tidak boleh mengadakan kerjasama dengan parti lain.Harus diingat,tidak bermakna kenyataan aku ini condong kepada PR@UMNO,PAS bukan anak-anak kecil,PAS antara parti yang senior di arena politik negara,kerjasama dengan UMNO yang baru berusia 21 tahun adalah keputusan yang tidak matang tambahan apabila UMNO asal telah bertindak menendang PAS satu ketika dahulu.

Sebelum aku menangguhkan tulisan aku ini,aku ingin sekali menegaskan pandangan aku yang tidak pro PR@UMNO selagi UMNO tidak ubah dasar kepada Islam dan meminta maaf atas penindasan yang dilakukan kepada mereka yang menyokong perjuangan Islam serta penghinaan terhadap Islam itu sendiri,jangan cakap pasal perpaduan Melayu.

Slogan baru.

1 Ummah,Al-Quran & Sunnah didahulukan,Keadilan untuk semua.

Tulisan ditangguhkan.

Friday, October 23, 2009

Freedom?Uncensored?Real Change?People Power?


(Sila Klik Pada Gambar Untuk Besarkan)

Aku Mat Kutuk.Insan biasa.Tidak berharta.Tidak bernama.Tidak berkelulusan.

Hari ini aku mendapat emel yang menjengkelkan daripada mereka yang memperjuangkan nama kebebasan.

Ini adalah rentetan daripada usahaku untuk menyebarkan apa yang dinamakan Freedom?Uncensored?Real Change?People Power? kepada semua orang.

Hasil usahaku selama dua hari,belum dikira wang yang aku gunakan untuk membeli DVD tersebut yang untuk makluman semua aku terpaksa korbankan duit makanku untuk seminggu semata-mata untuk mendapatkan DVD tersebut.Aku memulakan langkah dengan convert file DVD,Cut movie,dan upload ke dalam youtube yang untuk makluman semua proses ini amatlah memakan masa terutama untuk amatur sepertiku yg amat kekurangan dalam serba serbi melainkan keazamanku sahaja yang tinggi.

Kalau tidak percaya pembaca bolehlah cuba buat.Dengan hanya menggunakan laptop pinjam,internet pinjam,kopi 0 tanpa jenama percuma serta rakan yang sentiasa sedia membakarkan diri menemaniku setiap masa di kala melakukan kerja yang memerlukan komitmen yang tinggi.Aku gagahi jua sehingga mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan kesemua proses tersebut.

Hari ini aku diarah untuk remove hasil uploadku dengan cara yang amat tidak bermaruah.

Aku tidak tulis pun filemnya aku yang buat.Kredit aku berikan kepada mereka yang terlibat.

Aku melakukan ini semua adalah kerana menyanjung Freedom?Uncensored?Real Change?People Power?

Mungkinkah aku perlu menjadi wartawan asing?Al-Jazeera?MP?PM?Presiden segala macam society?kepala segala macam NGO?TV3?Malaysiakini?8 TV?The Star?PKR?DAP?PAS?PR?Bar Council?

Mungkin anda semua patut buang sahaja perkataan ini Freedom?Uncensored?Real Change?People Power? jika anda tidak faham maksud yang sebenarnya.

Malas aku hendak teruskan leteran.

Aku minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana keegoan sesetengah orang,anda masih menjadi mangsa iaitu tidak mendapat apa yang sepatutnya anda dapat melainkan dengan bayaran atau nilai yang sudah pasti rasanya tidak akan diberikan dengan secara percuma ataupun sewenang-wenangnya oleh mereka.

Kalau aku seorang yang pendendam,sudah ramai di antara mereka yang bakal disaman kerana menggunakan bahan copyright cuma atas nama perjuangan dan memikirkan perkara yang lebih penting,aku diamkan sahaja.

Di saat ini,aku merasakan yang lagu anarchy in the uk,dan i fought the law benar-benar memberi kesan kepadaku.

Tuesday, October 20, 2009

Perkauman?Sampai bila?

Sila Klik Pada Gambar Untuk Memudahkan Penglihatan Pembaca.



Kalau pembaca boleh baca,apa tertera di dalam bulatan adalah seperti berikut:

malaysia run by which race = fail
singapore run by which race = success


Ini adalah provokasi murahan daripada mereka yang tebal sangat semangat perkauman ini.

Cuba bayangkan kalau aku taip begini:

Which race destroyed Tibet=fail
Which race give place for that race to live with harmony and conquer national economy and almost everything=success


ataupun.

Argh.Malas aku nak membakar api perkauman di pagi-pagi buta seperti ini.

Cukuplah sudah dengan perkauman.Sekarang semua orang sama.Tak percaya ke?

Pergi Starbucks semua bangsa ada.(Betul)
Pergi McDonald semua bangsa ada.(Betul)
Pergi KFC semua bangsa ada.(Betul)
Seluar jeans semua bangsa pakai.(Betul)

Nak aku huraikan lagi ke?Rasanya macam tak perlu.So,sudah-sudahlah nak membandingkan antara Singapura dengan Malaysia.

Sudah-sudahlah nak membandingkan antara Cina dengan Melayu.Semua orang samalah.

Tak percaya tengok MCA dengan UMNO.Sama-sama kaut untung.

Sama kan?

Semua orang bertulang putih,berdarah merah,lahir dari perut ibu,akan mati.
Tak ke sama itu?

Diulangi sekali lagi.Cukup-cukuplah dengan perkauman.

Kita tidak mahu lihat sekali lagi isu negarakuku,arak kepala lembu,kuncup keris dsb.

Kita semua adalah sama.

p/s:Posting yang sampah kerana terbuai oleh emosi yang tak sangka betapa masalah perkauman di Malaysia masih belum dapat di atasi lagi.Di Indonesia tak ada masalah begini.Cuma mereka bermasalah dengan negara asing terutamanya Malaysia.

Berahim Alee Apa Nak Jadi?

Haha.Sudah aku jangkakan bahawa ini yang akan terjadi.Nak tahu apa yang terjadi?

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_70942f92-7f000010-6cf97c00-d7985fd1

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6b8de48f-7f000010-6cf97c00-2fddac4c

Inilah dia wahai rakan-rakan contoh ahli politik yang sememangnya ahli politik sejati yang setiap perkara politik yang dilakukan adalah demi kepentingan diri sendiri.

Diharap Berahim Alee cepat-cepat kembali ke pangkuan mereka supaya tidak menjadi liabiliti kepada MB Kelantan yang menerima rayuannya untuk bertanding atas tiket PAS pada PRU-12 yang lepas.

Haha.Saya malas nak komen apa-apa tentang Berahim Alee ini.Biasalah,dia kan politikus sejati.Keluar UMNO sebab jawatan.Haha.Macam itu ke pejuang?Cukuplah posting sampai di sini sahaja.Nak cakap lebih-lebih pun tak perlu rasanya sebab 1Malaysia tahu siapa Berahim Alee ini.Pesanan saya untuk Berahim Alee adalah,kalau betul mendapat sokongan rakyat,cubalah letak jawatan dan bertanding semula.Tak perlulah nak diungkit kembali sejarah dahulu kala.



Oh katak.
Kau menggunakan seragam hijau putih.
Tapi jiwamu masih merah.

Oh katak.
Kau mengharap budi.
Tapi kau membalas tahi.

Oh katak.
Buanglah seragammu.
Bertandinglah baru.

Oh katak.
Selamat cepat kembali ke pangkuan.
Sebelum kau bertambah kehinaan.

Saturday, October 17, 2009

Hari Sabtu Di Taman Rama-Rama.

Siang tadi aku ada jalan-jalan sikit dekat kawasan Taman Tasik Perdana.Macam-macam benda yang boleh aku kutuk tapi jangan risau,aku malas nak cerita pasal politik kali ini.Biarlah Utusan Malaysia,Berita Harian,Harakah,Siasah,Suara Keadilan dan lain-lain yang sekufu dengan mereka yang membicarakannya.

Kali ini aku cuma nak kongsi sikit gambar-gambar amatur yang hanya diambil menggunakan telefon bimbit berkuasa rendah sahaja.(Tolong jangan komen tentang kualiti gambar sebab aku tak pakai kamera digital macam anda semua,cuma pakai kamera telefon bimbit sahaja.)



Tapi kalau dah nama Mat Kutuk kenalah kutuk juga kan.Kasihan Taman Rama-Rama ini.Macam terbiar sahaja.Tengoklah gambar di atas ini.Tampal pun guna pita pelekat.Tercabut pula.Hmmph.






Kasihan Taman Rama-Rama ini tak berapa nak dimakmurkan pengunjung tempatan.Kasihan lagi dengan peniaga cenderahati dalam premis ini yang entah dapat jual atau tidak barangan mereka.Bertambah kasihan dengan keadaan Taman yang sudah nampak begitu uzur dan perlu dapat lebih perhatian daripada pihak yang berwajib.Kalau berminat nak datang ke Taman Rama-Rama dan tak tahu jalan.Pergi Masjid Negara,selepas itu anda akan jumpa Methodist Girls School dan anda akan jumpa simpang.Pilih simpang di sebelah kiri dan anda akan jumpa Taman Rama-Rama ini.Tak faham penerangan saya?Senang cerita cari dekat googlemap.
Sekian,Terima Kasih.

Friday, August 21, 2009

Saya Jawab KJ.KJ! Jawab Saya Pula.

Saya Jawab KJ.KJ! Jawab Saya Pula.

Sebelum meneruskan pembacaan anda,saya menulis artikel ini adalah berdasarkan liabiliti dan pemahaman saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak ataupun parti tertentu.
Penjelasan rasmi dan tepat bagi soalan KJ ini anda boleh minta daripada pihak yang berkenaan.
Supaya memudahkan pemahaman anda,adalah digalakkan supaya membaca artikel 'Khairy:Jawab tiga soalan saya'
di website ini http://malaysiakini.com/news/111143.


1.Isu pengundi hantu.

Menurut apa yang dikatakan KJ,Pemuda UMNO hanyalah mengesyaki bukannya yakin dengan tuduhan yang dilemparkan walaupun mendakwa mempunyai bukti yang kukuh.
KJ juga mengatakan bahawa Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang telah membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya beserta bukti.Kalau begitu,apa yang PAS perlu jawabkan lagi.Laporan telah dihantar dan tugas SPR menyiasatnya bagi membuktikannya.PAS bukan macam UMNO yang belumpun siasatan satu-satu perkara itu dimulakan atau diselesaikan, tetapi sudah ada keputusan sendiri.KJ juga perlu ingat kes yang berlaku semasa pemilihan Ketua Pemuda baru-baru ini,belumpun siasatan selesai,KJ awal-awal lagi mengaku yang dia tidak bersalah.Salah atau tidak bukan ditentukan oleh anda KJ.Kesudahannya,KJ dibuktikan bersalah dalam kes rasuahnya.KJ juga disambut kemenangannya dengan laungan KJ RASUAH!! oleh bukan PAS,PKR,DAP tetapi oleh ahli UMNO sendiri.Macam mana KJ.Boleh jawab?

2.Tiada kerusi EXCO.

Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk makluman KJ tiada juga wakil daripada DAP namun ianya Kerajaan Pakatan Rakyat juga.Perjuangan PAS bukannya melalui kerusi EXCO semata-mata namun jika dapatlah kerusi EXCO ia dikira sebagai kelebihanlah.Sifat kegilaan pada kuasa yang terdapat pada UMNO janganlah hendak dijadikan perbandingan dengan PAS.KJ juga berkata kepada Jeff Ooi dan konconya dalam DAP mengaburi mata rakyat dengan tak jemu-jemu mengungkit isu KJ selaku Pemuda UMNO Malaysia tidak dilantik sebagai menteri sebagai alasan untuk PAS tidak diwakili dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.Itulah jawapannya KJ.Kalau tak nak terima jawapan itu,nak jawapan apa lagi?Takkan hendak PAS kata baiklah KJ,PAS keluar Pakatan Rakyat lepas itu kita buat kerajaan di Pulau Pinang dengan syarat KJ bagi PAS satu kerusi EXCO.

3.Pelan pembangunan buat rakyat.

KJ mendakwa Salleh Man tidak berani menjanjikan apa-apa pembaharuan positif
buat penduduk di Permatang Pasir.KJ sekali lagi menjadikan UMNO untuk dibandingkan
dengan PAS.Cuba KJ kira sepanjang PRK yang telah berlangsung baru-baru ini,
mana pergi janji-janji UMNO?Mana jambatan di Manik Urai?Antara ciri-ciri
orang yang munafik adalah apabila berjanji tidak ditunaikan.Aku tak kata UMNO munafik
tapi pembaca fikir-fikirlah sendiri.Nanti ada yang kata aku menyeleweng daripada ajaran Islam pula dengan menghukumkan org munafik.KJ juga berkata bahawa Timbalan Perdana Menteri menjanjikan status anak emas kepada kawasan Permatang Pasir 'JIKA' BN menang, dengan pembangunan infrastruktur,peluang pekerjaan mahupun kemudahan awam yang sememangnya diketagihi kawasan
Permatang Pasir.Kenapa 'JIKA'?Kalau betul hendak bagi tak perlulah jika-jika ini.
Lagipun banyak betul duit Parti UMNO/Timbalan Perdana Menteri menjanjikan pembaharuan sedemikian rupa.Patutlah selamba sahaja menuduh Salleh Man menggelapkan dana RM 600,000.Mungkin dia ingat PAS ini banyak duit macam dia agaknya.Cuba teka daripada mana UMNO dapat dana untuk mengotakan (kalau dikotakanlah,biasanya tidak) janji ini.Mana lagi,kerajaan pusatlah.Kalau betul-betullah 'rakyat didahulukan',UMNO menang kat Sabah banyak tahun lepas tapi banyak juga kat Sabah masih tak ada jalan raya,elektrik dan bekalan air bersih.Sebelum nak rampas tempat orang,kemaskan tempat sendiri dahulu.Cuba KJ jawab,UMNO dah pegang Malaysia 50 tahun,tapi masih ada banyak lagi lompong sana-sini,Pakatan Rakyat baru setahun jagung perintah UMNO dah kata macam-macam.Cuba jawab?

Walaupun aku ini tak berkelulusan dari tempat macam KJ,iaitu Oxford,tapi anda boleh nampaklah sendiri tahap pemikiran aku dengan KJ ini.Aku SRP pun tak ada,jangankan diploma atau ijazah.Kalau ada yang kata pemikiran aku rendah dari KJ,ada la chance nak dapat pemikiran SRP itu,tapi kalau ada yang kata pemikiran aku tinggi dari KJ,mungkin mereka yang pilih KJ masuk Oxford itu?anda fikirlah sama-sama.

Hayati slogan-slogan gubahanku.

Dulu,Kini,Sampai Bila?

1Malaysia,Pencapaian didahulukan,rakyat diutamakan,UMNO didahulukan,kroni diutamakan.

'Salah Tetap Salah.'

P/S:Kalau nak copy paste artikel ini,copy pastelah.(Itupun kalau adalah yang nak copy pastekan itu)

Salam Ramadhan Pembuka Bicara.



'Setelah lama bertapa mencari kematangan.
Kini aku kembali untuk menyuarakan pandangan.

'Salah Tetap Salah'
'Kalau Tak Mampu Mengetuk,Lebih Baik Mengutuk'